Blue Modern Technology LinkedIn Banner (1)
2
Blue Yellow Modern Digital Marketing Email Heade1r
Laman utama » Sejarah Penubuhan Kobena
Sejarah Penubuhan Kobena
Susunan Pengerusi (2021-2022) (45.72 × 45.72 cm)

SEJARAH PENUBUHAn

Koperasi Belia Nasional Berhad atau singkatannya KOBENA telah didaftarkan  pada 26 November 1976. Ramai tokoh negarawan terlibat dalam penubuhan KOBENA. YABhg Tun Mahathir bin Mohamad telah mengilhamkan penubuhan KOBENA. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ilham ini tercetus selepas berlaku tragedi berdarah 13 Mei 1969. Antara faktor yang dilihat adalah jurang ekonomi antara kaum pada ketika itu. Ramai rakyat yang tergolong dalam kategori ‘miskin bandar’. Oleh yang demikian, KOBENA telah ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Objektif penubuhan KOBENA adalah meningkatkan sosio ekonomi golongan belia di Malaysia. Sasaran adalah golongan belia.
1
2
YABhg Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan Pengerusi yang pertama selepas penubuhan KOBENA. Menjadi amalan KOBENA pada awal penubuhan , jawatan Pengerusi KOBENA akan dijawat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Ketokohan YABhg Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menjadi pemimpin tertinggi telah membawa KOBENA ke tahap yang cemerlang. Kejayaan melaksanakan program berorientasikan pembangunan belia di tanahair dan Jalinan kerjasama dengan negara terbit matahari seperti Jepun dan Korea dalam pelbagai bidang. Legasi hubungan baik ini diteruskan sehingga kini. Pada 1980, YABhg Tun Mahathir bin Mohamad telah merasmikan Mesyuarat Agung KOBENA yang pertama di The Regent Hotel Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung ini dihadiri oleh Ahli KOBENA. Awal penubuhan, keahlian KOBENA terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan pernah terlibat dengan persatuan dan pertubuhan belia di Malaysia.
YABhg Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi adalah Pengerusi KOBENA yang pertama telah memimpin KOBENA dari 1976 sehingga 1982.
3