-
1. SKIM PEMBIAYAAN PINJAMAN ANGGOTA: Melebihi 9000 anggota yang telah menerima manfaat dari skim pinjaman kewangan. Jumlah pinjaman melebihi RM200juta.
-
2. PERGUDANGAN: Gudang KOBENA terletak di Pelabuhan Klang Selangor. Mempunyai keluasan 13 ekar dan mempunyai kemudahan jeti dan laluan keretapi. 11 unit gudang berbumbung dan melebihi 150 000kps ruang lapang untuk sewaan.
-
3. PEMAJU PERUMAHAN ANGGOTA: lebih 1000 anggota yang mendapat menafaat dalam menyediakan rumah . Taman KOBENA Cheras, Taman KOBENA Tampoi Johor, Taman KOBENA Senawang , Negeri Sembilan.
-
4. KONTRAKTOR G7 CIDB: Memiliki pendaftaran bertaraf Bumiputera. Mempunyai pengalaman dalam pembinaan sekolah, universiti dan jalan. Antara projek yang dilaksanakan UTM, UIA, Lebuhraya Sauk-Kuala Kangsar, LPT2 dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, Perak.
-
5. PERTANIAN (AGRO MAKANAN): Menceburi dalam bidang ‘food security’. Bekerjasama dengan UNIMAP dan kepakaran tempatan dalam mengeluarkan produk pemulihan tanah. Produk dihasilkan dengan kerjasama Tan Lan Agri Ventures Sdn. Bhd.
-
6. HUBUNGAN ANTARABANGSA: Menganjurkan pertukaran pelajar dan belia di Jepun. Pelajar lepasan SPM, Universiti telah terlibat. KOBENA juga telah menjadi mediator kepada pertukaran binatang Tapir Malaya ke Biopark Nagasaki Jepun yang julung kalinya. Kerajaan Malaysia dan Jepun mendapat manfaat dengan pertukaran yang berjaya ini
-
7. MODAL INSAN : Awal penubuhan KOBENA telah diamanah kerajaan untuk melatih belia dalam Pusat Latihan Kemhiran Kobena di Skudai, Johor. Ditukar nama sebagai KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL (KKBN) Pontian, Johor. Pelatih Pusat Latihan KOBENA dilatih dalam jurusan teknikal. Pelatih akan diserapkan secara On-Job-Training dalam semua projek-projek pembinaan KOBENA. Projek membina dan menyiapkan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Johor merupakan projek perintis dalam menyediakan pelatih kepada suasana alam pekerjaan sebenar. Sehingga kini seramai 22000 orang pelatih telah tamat latihan. Projek ini dilaksanakan secara usahasama KOBENA dan SAMBU Construction Pte Ltd. Syarikat ini yang berpengkalan di Korea Selatan. Sehingga kini seramai 22,000 orang pelatih telah tamat latihan
KOBENA menyediakan pendidikan untuk anggota dan anak-anak anggota di peringkat sijil dan diploma dengan bantuan kewangan. KOBENA dengan kerjasama Kuala Lumpur City College menawarkan pengajian peringkat sijil dan diploma bagi anggota dan anak anak anggota KOBENA. Tawaran pengajian termasuk bantuan penginapan , kewangan dan penempatan latihan di premis majikan yang ternama dalam bidang ‘retail’. Kerjasama KOBENA dengan Mindappz dan Garuda Elite Sdn Bhd memberi perkhidmatan ‘ E Tuition ‘ kepada anak anggota Kobena peringkat sekolah.