Mengenai
kami
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) merupakan sebuah koperasi belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan pada 25hb November, 1976 di bawah akta koperasi 1948. Idea penubuhan KOBENA tercetus daripada keputusan Majlis Perundingan Belia Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke lima dan juga merupakan Pengerusi pertama KOBENA, YAB Tun Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 1975. KOBENA juga disokong kuat oleh 41 Gabungan pertubuhan Belia peringkat kebangsaan di Malaysia. Matlamat penubuhan KOBENA adalah membantu golongan belia tempatan meningkatkan taraf ekonomi melalui sektor koperasi bagi membolehkan mereka menyertai pasaran niaga tempatan secara global.
Aktiviti Terkini
Kemaskini 16/01/2022

Program Networking Dinner & Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama Strategik pelbagai sektor di antara KOBENA dan Kerajaan Garantolo, Indonesia.

Mengiringi deligasi pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Jokowi

Perbincangan dan taklimat dari syarikat NQ Cultural Commercial Sdn Bhd Bagi mencari peluang-peluang kerja bersama KOBENA

Seminar Peluang perniagaan KOBENA bersama anggota Negeri Perak yang diadakan dengan kerjasama Tan lan Agri venture Sdn Bhd, Quantum Metal Sdn Bhd dan IJ Ventures Sdn Bhd.

Taklimat daripada Quantum Metal Simpanan Emas untuk solusi pemulihan ekonomi

Taklimat dari syarikat membuat beg WoodPecker Leatherland Sdn Bhd.
