Sejarah Penubuhan

  • Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA), merupakan sebuah Koperasi Belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan pada 26hb November, 1976 di bawah Akta Koperasi 1948. Idea penubuhan KOBENA tercetus daripada keputusan Majlis Perundingan Belia Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1975 dan disokong kuat oleh Gabungan Majlis Belia Malaysia YAB Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Pengerusi KOBENA yang pertama untuk menerajui amanat ini.

  • Matlamat penubuhan KOBENA  adalah untuk membantu golongan belia tempatan meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka melalui sektor koperasi untuk membolehkan mereka menyertai pasaran niaga tempatan secara global. Selain dari menyediakan latihan asas dan mempertingkatkan kemahiran golongan belia, ia juga berperanan sebagai penggabungan modal asli untuk melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan untuk memperolehi pulangan secara saksama.

  • Sejarah Penubuhan KOBENA

    Sejarah Penubuhan KOBENA

  • Sehingga kini KOBENA yang beroperasi di Ibu-pejabat Bangunan 5 tingkat milik sendiri di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur telah mempelopori dan memahat nama di dalam pelbagai bidang perniagaan seperti skim pinjaman peribadi ahli, pembangunan hartanah, pembinaan, latihan kemahiran, pergudangan, teknologi maklumat, insuran serta yang terkini pengurusan majlis dan acara khusus untuk jabatan dan agensi kerajaan.

  • Sejajar dengan matlamat kerajaan dalam menuju ke arah kecemerlangan Wawasan 2020, KOBENA juga tidak mahu ketinggalan dengan mensasarkan agenda tersendiri untuk menjadi koperasi contoh di persada industri perkongsian negara. Justeru, pelbagai perancangan dan aktiviti perniagaan telah diatur dan dalam pelaksanaan.

  • Masa kini, dengan berbekalkan semangat kental dan dedikasi dari setiap tenaga kerja serta kepimpinan berwawasan oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Mat Din selaku Pengerusi Eksekutif, KOBENA Berhad telah memahat nama sebagai salah satu koperasi yang berdaya saing dan berjaya di arena perniagaan tempatan.


“Matlamat penubuhan KOBENA adalah untuk membantu golongan belia tempatan meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka melalui sektor koperasi untuk membolehkan mereka menyertai pasaran niaga tempatan secara global”