Bahagian Sumber Manusia

  • Pengurusan KOBENA adalah ditadbir oleh 13 orang Ahli Lembaga Pengarah dan 3 orang daripadanya adalah Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif  yang terdiri daripada jawatan Pengerusi Eksekutif, Setiausaha dan Bendahari yang diamanahkan menjalankan tanggungjawab pengurusan secara demokrasi seperti di dalam Undang-Undang Kecil KOBENA.

    Di dalam menstabilkan pengurusan dan kewangan, 3 orang Juruaudit Dalaman telah dipilih untuk memantau dan memastikan perjalanan kewangan Koperasi mengikut landasannya.

    Untuk menjalankan misi dan visi KOBENA, pengurusan dianggotai oleh seorang Timbalan Pengurus Besar, 2 orang Pengurus Kanan, 4 orang Pengurus Bahagian masing-masing dan disokong oleh Penolong Pengurus, Pegawai Kanan, Pegawai dan kumpulan sokongan bawahan.

  • Keseluruhan petugas KOBENA berjumlah 43 orang. Kesemua petugas KOBENA telah memberi komitmen sepenuhnya di dalam merealisasikan hasrat KOBENA untuk menjadikan KOBENA contoh pada tahun ini.

    Bahagian Sumber Manusia sendiri diketuai oleh Bendahari diikuti oleh Timbalan Pengurus Besar, Pengurus Kanan, Pengurus, Eksekutif dan petugas sokongan. Berikut adalah carta pengurusan di Bahagian Sumber Manusia:-

  • Koperasi Belia Nasional Berhad

    “ Keseluruhan petugas KOBENA berjumlah 43 orang. Kesemua petugas KOBENA telah memberi komitmen sepenuhnya di dalam merealisasikan hasrat KOBENA untuk menjadikan KOBENA contoh pada tahun ini.”