Bahagian Perdagangan

  • Bahagian Perdagangan adalah penting bagi menggerakkan ekonomi koperasi secara amnya dan kepada anggota koperasi secara khususnya. Bahagian ini sentiasa mencari peluang perniagaan sama ada perniagaan secara persendirian atau perniagaan secara usahasama dengan syarikat syarikat  berpontensi yang telah dikenalpasti oleh Bahagian ini. Buat masa sekarang Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu:-

    1) Unit Kredit
    2) Unit Kontrak
    3) Unit Pembekalan dan Pemasaran

     

    Unit Kredit

    SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI BAI AL-INAH KOBENA (SPPK)

    Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahaan pembiayaan yang sedia ada disamping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum syariah. Ianya beroperasi dengan memberi kemudahan pembiayaan ihsan sementara kepada anggota-anggota Koperasi Belia Nasional Berhad.

    Kemudahan pembiayaan peribadi diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan pembiayaan bagi hal-hal mustahak dan bermanfaat atau untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah anggota yang berada dalam kesusahan dan kesulitan, di samping membantu anggota dalam menangani keperluan kewangan anggota.

    Kemudahan ini ditawarkan kepada anggota-anggota KOBENA yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah :-

  • Kelayakan Umum

    • Petugas Kerajaan, separuh kerajaan dan badan berkanun
    • Pendapatan minima RM 1500.00 sebulan (gaji pokok + elaun tetap)
    • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 57 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
    • Berjawatan tetap
    • Menjadi anggota KOBENA dengan syer dan fi masuk sebanyak RM 110.00
    • Yuran keanggotaan bagi anggota baru sebanyak Rm 30 x 12 bulan = Rm 360
    • Tidak diistihar muflis
    • Tanpa Penjamin

    Jumlah Pembiayaan

    Pembiayaan sehingga RM 200,000.00 * atau ansuran bulanan yang tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan. (tertakluk kepada kelayakan*).

    Tempoh Bayaran Balik

    • Maksimum 10 tahun.

    Kadar Keuntungan

    • Serendah 4.99% setahun

    Cara Bayaran Balik

    • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

    Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Petugas Bahagian Pinjaman dan Konsultan Pemasaran yang telah di lantik. Klik disini untuk senarai penuh.

    Muatturun iklan disini

    Untuk senarai penuh konsultan

  • Koperasi Belia Nasional Berhad

    “ Pembiayaan sehingga RM 200,000.00 atau ansuran bulanan yang tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan. tertakluk kepada kelayakan ”

    Mohon Online