Bahagian Pembinaan

  • KOBENA telah berkecimpung dalam sektor pembinaan dan hartanah sejak tahun 1980an. KOBENA telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor sebagai Kontraktor Kelas A yang bertaraf Bumiputra. KOBENA juga berdaftar dengan CIDB dalam kategori G7.

    KOBENA mempunyai projek disegenap pelusuk negeri. Projek yang pertama KOBENA ceburi adalah Projek Pembinaan Kampus Induk Fasa 1, Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Projek yang bernilai melebihi RM300 juta ini adalah titik tolak mulanya KOBENA menceburi sektor pembinaan negara. Pelbagai projek pembinaan telah berjaya disempurnakan oleh KOBENA setelah itu, sehinggalah sekarang, tahun 2010.

    Kepakaran KOBENA dalam pembinaan bangunan bagi tujuan pendidikan seperti universiti dan kolej tidak dapat dinafikan apabila KOBENA telah berjaya menyiapkan Projek Universiti Teknologi Malaysia Fasa 1 dan Fasa 2yang bernilai lebih RM300 juta, pembinaan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak yang bernilai lebih RM 70 juta. Terbaru, projek yang juga telah siap iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Ulu Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM 366 juta ini  telah diserahkan sepenuhnya.

  • Di dalam projek pembinaan infrastrukturnya pula, KOBENA telah berjaya menyiapkan projek bernilai RM 170 juta iaitu lebuhraya yang  menghubungkan Kuala Kangsar ke Sauk sejauh 21 kilometer. Projek ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada pihak klien. Selain itu KOBENA telah terlibat dalam projek bernilai RM 191 juta iaitu projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Pakej 2.

    Daripada analisa yang dibuat, sejumlah lebih RM 500 juta nilai kontrak projek pembinaan telah berjaya diperolehi oleh KOBENA sejak 2006. Kepimpinan KOBENA baru telah banyak memberi perubahan yang ketara sehingga KOBENA berjaya berada pada tahap yang membanggakan. Sehubungan itu KOBENA sedang giat mengusahakan projek- projek yang bersesuaian dengan kemampuan KOBENA. Banyak projek dalam perancangan KOBENA bakal dilaksanakan. KOBENA akan memastikan sektor pembinaan menjadi salah satu sumber pendapatan bagi menjamin kesejahteraan KOBENA pada masa akan datang.

    Berikut adalah senarai pendaftaran yang melibatkan KOBENA:

    1. PKK Kelas A
    2. CIDB, G7
    3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    4. Syarikat Perumahan Negara Berhad
    5. Telekom Berhad

    Senarai Sijil Disini

  • Koperasi Belia Nasional Berhad

    “Kepakaran KOBENA dalam pembinaan bangunan bagi tujuan pendidikan seperti universiti dan kolej tidak dapat dinafikan apabila KOBENA telah berjaya menyiapkan Projek Universiti Teknologi Malaysia Fasa 1 dan Fasa 2yang bernilai lebih RM300 juta, pembinaan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak yang bernilai lebih RM 70 juta. Terbaru, projek yang juga telah siap iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Ulu Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM 366 juta ini telah diserahkan sepenuhnya”