Bahagian Pembangunan Harta & Bank Tanah

  • Bahagian Pembangunan Hartanah merupakan salah satu cabang perniagaan untuk membangunkan aset-aset yang sedia ada. Projek-projek hartanah yang telah dilaksanakan seperti Taman KOBENA Cheras, Taman KOBENA Senawang dan Taman KOBENA Tampoi, Johor.

    Projek Hartanah yang terbaru ialah membangunkan Tanah Rusila, Terengganu seluas 21.64 ekar. Projek perumahan rumah bercampur ini diusahakan bersama dengan salah satu pemaju di Terengganu.

  • Bahagian Hartanah juga akan berusaha untuk membeli aset-aset terbaru untuk dijadikan Bank Tanah KOBENA. Disamping menjalankan aktiviti perumahan, Bahagian Hartanah juga menyewakan aset-aset bagi menambahkan pendapatan. Bahagian Hartanah menyelenggarakan pejabat KOBENA dari aspek penyelenggaraan bangunan dan di dalam Pejabat KOBENA.

  • Koperasi Belia Nasional Berhad