Bahagian Keanggotaan

BAHAGIAN KEANGGOTAAN

  • 1.Menguruskan hal ehwal keanggotaan

    • Pendaftaran anggota baru
    • Menguruskan saham anggota
    • Menguruskan yuran anggota
    • Menguruskan anggota berhenti dan meninggal dunia
    • Lain-lain hal berkenaan keanggotaan
  • 2.¬†Skim Kebajikan Am Anggota & Skim Hadiah Kecemerlangan Pendidikan KOBENA telah meluluskan kedua-dua skim di atas pada Mesyuarat Agung Kali Ke 22 dan memulakannya pada tahun 2008. Tujuan skim ini diwujudkan ialah untuk membantu anggota-anggota dengan peruntukan-peruntukan yang telah dipersetujui.

    Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan di pejabat KOBENA. Antara syarat-syarat am bagi penerimaan peruntukan tersebut ialah anggota mestilah menjadi ahli KOBENA tidak kurang daripada 2 tahun dan mempunyai syer tidak kurang dari RM200.00. Permohonan juga mesti disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan.

  • Bagi kategori Skim Kebajikan Am Anggota, ianya meliputi kematian (anggota, suami/isteri/anak), perubatan
    (anggota sahaja), menunaikan haji (anggota sahaja), malapetaka/bencana alam dan skim bersara.

    Untuk Skim Hadiah Kecemerlangan Pendidikan pula, peruntukan diberi kepada anak-anak anggota yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam mana-mana peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

    Proses pembayaran kepada setiap permohonan bergantung kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah KOBENA dan bayaran kepada anggota akan dibuat.


3.Mesyuarat Agung Peringkat Kawasan & Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat Agung Peringkat Kawasan ini diadakan hanya sekali dalam tempoh 2 tahun dan bertujuan untuk melantik wakil anggota dari setiap negeri yang berkelayakan untuk menghadiri ke Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada setiap tahun setelah perlantikan wakil anggota bagi setiap negeri dibuat. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendengar pendapat serta cadangan daripada anggota dan juga isu semasa KOBENA.